Saturday, January 1, 2011

ish! kalau-kalau la kan.. emm...

haa~....
hhaaa~~....
hhhhaaaaaa~~....

perasan tak... kadang2.. kita mengeluh...kita kata...
"kalau la aku nih kaya kan~... aku nak... bla2~...."
"kalau aku pegi tadi... mesti aku dapat pnye la!"
"kalau la aku nih sihat... tu ini aku nak buat!"
n macam2 jenis kalau la.... penat dah nak taip.. pandai2 la pk sndirik... huhuh.. perkataan nih terlalu fimiliar kan... haa... bace lagi.. bace lagi...

firman Allah:
وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

“Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir”. (Yusuf: 87)

Daripada terus memperkata tentang sesuatu yang telah hilang dari genggaman, terbang dan menyelinap di balik awan, rasanya tidak terlewat untuk menghargai dan bersyukur dengan apa yang sedang kita miliki.

  • Pada yang masih ada ibu, ayah, adik-beradik, kawan baik, jiran, saudara-mara. Kita mungkin tak terfikir, mana tahu satu hari , mereka atau kita akan saling membenci, akan ada yang pergi, akan ada yang tiada.
  • Pada yang masih ada peluang untuk berjaya, ada peluang belajar, sudah ada pekerjaan, anda masih dipercayai, disenangi, hargailah.
  • Hargai kesempurnaan seadanya anda, bakat anda dan apa yang anda merasa bahagia kini, – ingatlah ia tak selamanya! 
Alhamdulillah ya RABB, kerana kami masih berpeluang memiliki dan menghargai,dan ini bukan masa mempersoalkan apa yang diterima diri, tetapi apa yang telah kita beri.
wallahutaalaa’lam.

haa... bace lagi.... jgn berenti... sile2....(^^,)


 Kalau, jika, if, seandainya, sekiranya..dan diksi lain yang beratur panjang lagi seangkatan dengannya akan diungkap kita tatkala ada sedikit ralat, penyesalan terhadap perkara berlalu. Terutama melibatkan kehilangan seseorang, atau pun sesuatu. Mahupun kejadian tidak disenangi terjadi.
Penipu! Jika (ops, sebut juga) fara kata fara tak pernah ungkap atau rasa begitu. Paling tidak pun ,

“Ish, kalau tahula benda ni akan jadi, mesti Fara letak balik…”
“Kalau Fara tahu dia akan marah, pasti..”
“Kalau masa dapat diputarkan..”

fara sedar , perkataan kaum kerabat kalau itu boleh di sebut, jika dalam keadaan sebelum berlaku sesuatu, dalam keadaan semasa buat pertimbangan, nak beli barang atau memilih sesuatu ker, contohnya. Tetapi dari kita kerap melahirkan rasa penyesalan. Tapi menyesal pada apa, untuk apa sebenarnya ek?

 Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Dan pada setiap sesuatu ada kebaikan. Lakukan pekerjaan yang berguna bagi kamu dengan sungguh2, mintalah pertolongan kepada Allah dan janganlah lemah. Juga janganlah kamu berkata: “Kalau aku melakukan begini pasti akan terjadi begini.” Tetapi katakanlah : “Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia kehendaki akan Dia lakukan”. Kerana sesungguhnya perkataan “kalau” membuka pintu bagi masuknya syaitan.

Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Al-Quran, Surah Ibrahim:7)

Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersyukur dengan APA SAHAJA yang menimpa diri, sama ada perkara buruk mahupun baik. Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu bersyukur jika ditimpa perkara buruk? Jawabnya mudah, bagaimana kalau perkara yang lebih buruk daripada itu yang menimpa? Tidakkah kita perlu bersyukur kerana diselamatkan daripada perkara yang lebih buruk?

Kalaupun tidak berlaku sebarang perkara baik mahupun buruk di dalam kehidupan kita, tatkala itu juga kita perlu bersyukur kerana kehidupan kita sebenarnya jauh lebih baik berbanding orang lain. Orang yang kehidupannya paling teruk di muka bumi juga perlu bersyukur kerana Allah memberi peluang kepadanya untuk hidup.


bersyukurlah kamu sementara kamu masih berpeluang melakukan sedemikian...(^_^)